Microsoft Memperkenalkan Surface 2 Dengan Sokongan 4G LTE

Microsoft telah memperkenalkan Surface 2 pada tahun lepas, dan melancarkannya di Malaysia pada minggu lepas secara rasminya. Selain penawaran Surface 2 yang hadir dengan hanya sokongan WiFi, hari ini pihak Microsoft turut mengumumkan Surface 2 versi 4G LTE.

Surface 2 LTE

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia dilihat hanya ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja dibawah rangkaian AT&T. Ia masih mengekalkan pelbagai ciri-ciri Surface 2 seperti sokongan kickstand dwi-posisi, USB 3.0, perisian pejabat Microsoft Office, ruangan percuma OneDrive sehingga 200GB dan panggilan percuma Skype.

Buat masa ini, hanya versi Surface 2 (RT) sahaja yang menerima sokongan rangkaian 4G LTE ini, dan tiada info untuk versi Pro. Ia sekaligus akan memudahkan pengguna untuk melakukan pelbagai tugasan mereka ketika bergerak dengan mudah.

Microsoft tidak berkongsi sebarang perkara berkaitan perancangan mereka untuk memperkenalkannya untuk pasaran global buat masa ini.

Mungkinkah kita perlu nantikan sehingga Surface 3 untuk dapat menggunakan tablet komputer versi selular daripada Microsoft ini?

Nota: