Microsoft Memperkenalkan OneNote Untuk Mac OS X

OneNote merupakan salah satu aplikasi menarik dalam mencatatkan nota dan pelbagai perkara menggunakannya. Hari ini, pihak Microsoft memperluaskan penawaran mereka dengan memperkenalkan OneNote untuk Mac OS X.

OneNote

Bersama-sama pengenalan OneNote untuk Mac ini, pihak Microsoft turut mengubah cara penawarannya, dan kini ia ditawarkan secara percuma untuk para pengguna. Walaupun fungsi asas adalah percuma, fungsi-fungsi tambahan seperti integrasi SharePoint, Outlook dan sebagainya adalah masih kekal berbayar.

Pengenalan untuk Mac ini juga sekaligus menawarkan aplikasi OneNote untuk pelbagai platform, termasuk PC, Mac, Windows 8, Windows Phone, iPad, iPhone, Android dan juga versi web.

Bagi pengguna Mac, anda boleh memuat-turun dan menggunakan OneNote secara percuma pada komputer anda hari ini.

Nota: