Microsoft Memperkenalkan Halaman Setempat Untuk Menguruskan Akaun Dan Mengawal Privasi

Google sebelum ini sedia memperkenalkan halaman setempat untuk pengurusan akaun dan privasi. Kini, Microsoft turut hadir dengan penawaran seumpamanya, dan memudahkan lagi pengguna untuk menguruskan akaun mereka dengan lebih efisyen.

Melalui halaman berkenaan, anda kini boleh melihat apakah data-data dan informasi yang dikumpul oleh Microsoft ketika anda menggunakan perkhidmatan mereka di web, pelayar web Edge, mahupun Windows 10.

Selain hanya melihat, anda juga turut boleh memilih untuk menyunting data yang dikumpulkan, atau memadamkannya terus daripada halaman berkenaan.

Walaupun ia mungkin tidak akan menyelesaikan masalah dan persoalan berkaitan privasi dan Microsoft sepenuhnya, namun langkah ini dikatakan mereka sebagai langkah pertama dalam memberikan pengguna lebih kawalan terhadap data-data mereka.

Urus : Akaun Microsoft Anda

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: