Microsoft Meminta Pengguna Windows Dan Mac Mengemaskini Skype Ke Versi Terbaru

Skype merupakan salah satu aplikasi permesejan dan panggilan video yang popular dikalangan pengguna seluruh dunia. Terkini, mereka mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sokongan untuk versi lama, dan meminta pengguna untuk memuat-turun versi baru perisian berkenaan.

Versi lama yang tidak akan disokong lagi adalah Skype 6.13 dan kebawah untuk Windows, dan Skype 6.14 dan ke bawah untuk Mac. Perkara ini akan dilakukan dalam beberapa bulan lagi, dan berkemungkinan pengguna tidak lagi akan dapat menggunakannya selepas tempoh tersebut.

Microsoft meminta pengguna menggunakan versi Skype terkini sekaligus menikmati pelbagai fungsi-fungsi baru yang dibawakan oleh mereka, termasuk kebolehan sync pada pelbagai pelbagai, dan menikmati chat yang selari pada semua peranti milik anda.

Bagi anda yang menggunakan Skype, boleh memuat-turun Skype untuk Windows dan Mac hari ini.

Nota: