Microsoft Melancarkan Surface Pro 3 Secara Rasmi Di Malaysia

Microsoft Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan komputer-tablet mereka terbaru, Surface Pro 3 untuk pasaran Malaysia, sekaligus membolehkan pengguna tempatan untuk mendapatkannya bermula hari ini.

Surface Pro 3

Harga Surface Pro 3
i3, 64GB, 4GB RAMRM2729
i5, 128GB, 4GB RAMRM3299
i5, 256GB, 8GB RAMRM4199
i7, 256GB, 8GB RAMRM4999
i7, 512GB, 8GB RAMRM6779
Type CoverRM409
Ethernet AdapterRM159

Surface Pro 3 merupakan generasi ketiga keluarga Surface, dimana ia membawakan beberapa perubahan ketara, termasuk antaranya adalah skrin bersaiz lebih besar – 12-inci dengan sokongan paparan 2160×1440 pixel, sokongan Kickstand yang boleh dilaraskan untuk pelbagai tahap, Surface Pro Pen yang kini lebih sensitif dan memberikan pengalaman penggunaan sama seperti menggunakan pen biasa, dan beberapa perkara lain.

Untuk makluman, keluarga Surface Pro membawakan sistem operasi Windows 8.1 – membolehkan pengguna untuk menjalankan perisian penuh pada tablet-komputer ini.

Di Malaysia, Surface Pro 3 akan ditawarkan dalam beberapa variasi, dan dijual pada harga bermula RM2729, selain Type Cover yang ditawarkan pada harga RM409.

Nota: