Microsoft Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih Pembangun Minecraft

Agak jarang untuk kita mendengar pihak Microsoft mengambil-alih sesuatu syarikat. Terkini, ia dikatakan Microsoft dalam perbincangan untuk mengambil-alih pembangun Minecraft pada harga sekitar $2 bilion.

Mojang, syarikat disebalik Minecraft boleh dikatakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada permainan indie, dan permainan Minecraft sendiri sedia mempunyai jutaan pengguna dan pemain diseluruh dunia.

Minecraft - Bahasa Malaysia

Pengambil-alihan oleh Microsoft ini dijangka akan selesai seawal minggu hadapan, dan mungkin pihak Microsoft akan menjana wang melalui perlesenan Minecraft untuk permainan, filem dan sebagainya – selain turut membolehkan mereka memasarkan permainan tersebut dengan lebih meluas.

Ia turut dikatakan yang mana berkemungkinan pengasasnya – Notch akan meninggalkan syarikat tersebut selepas pengambil-alihan ini.

Nota: