Micron Memperlihatkan Memori GDDR5X Dengan Kelajuan 16Gbps

Memori GDDR6 dikatakan akan digunakan oleh pembuat-pembuat komponen komputer dalam masa setahun atau dua nanti, tetapi nampaknya memori GDDR5X yang digunakan di dalam kad-kad grafik premium seperti NVIDIA GeForce GTX 1080 dan 1080 Ti masih lagi mempunyai ruang untuk penambah-baikan, seperti yang ditunjukkan oleh syarikat pembuat memori Micron.

Seperti yang sedia umum, kelajuan memori GDDR5X kini berada pada kadar 12Gbps, dan ini dapat dilihat daripada beberapa kad grafik NVIDIA yang berkuasa tinggi. Terkini, nampaknya Micron baru sahaja memecahkan nombor kelajuan tersebut dengan mengumumkan cip memori GDDR5X yang mampu bergerak sepantas 16Gbps.

Buat masa ini, syarikat tersebut masih belum pasti sama ada mereka akan menggunakan memori GDDR5X yang lebih pantas ini untuk kad-kad grafik NVIDIA yang sedia ada, kerana syarikat tersebut juga kini sedang sibuk memuktamadkan spesifikasi memori GDDR6 mereka, yang mereka mahu keluarkan di pasaran pada tahun depan.

Bagi pihak Micron, kelajuan memori GDDR5X ini menjadi penanda-aras untuk memori GDDR6 mereka dari segi prestasi. Menurut mereka, memori GDDR6 ini bakal hadir dengan sokongan memori dual-channel, yang merupakan sesuatu yang agak baru di arena memori grafik.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: