Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena
MH370 – Keputusan Analisis Awal Bluefin-21 | Walaupun sudah masuk hari ke 40 Pesawat MH370 menghilangkan diri bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal, misi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan.
Terbaru, pasukan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang dikendalikan oleh kapal pertahanan Australia, Ocean Shield telah mengambil pendekatan lebih kehadapan apabila mereka menawarkan kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 untuk misi mengesan dan mencari kotak hitam di Lautan Hindi.
Walau bagaimanapun, untuk kali ini tiada objek berkaitan dengan kepentingan pencarian ditemui daripada data yang dikumpul oleh kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 pada Isnin lepas, untuk membantu mengesan MH370 yang hilang.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, ini berdasarkan kepada analisis kesemua data yang dikumpul selama enam jam.
Bluefin-21 meneruskan operasi pencarian pada Selasa malam selepas diturunkan dari kapal pertahanan Australia, Ocean Shield untuk misi kedua, menurut agensi itu dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara), Angus Houston dalam sidang media pada Isnin berkata, setiap misi Bluefin-21 akan memakan masa sekurang-kurangnya 24 jam, termasuk empat jam untuk memuat turun serta menganalisis data yang dikumpul.
Bluefin-21 dilengkapi sistem pengesan sonar menggunakan bunyi akaustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi di dasar laut, dihantar untuk membantu mengesan sebarang serpihan pesawat Malaysia yang hilang. – Bernama
If you enjoyed this post, you should read this: Barcelona Bakal Kehilangan Penjaga Gol Lagi