MetroTwit merupakan salah satu aplikasi Twitter yang menarik untuk pengguna Windows. Ia telah diperkenalkan dalam versi 1.0 pada bulan Mac 2012, dan kini selang dua tahun, pembangunnya mengumumkan penamatan sokongan untuk perisian tersebut.
Menurut pembangun MetroTwit, had penggunaan API yang dikenakan oleh Twitter membuatkan mereka tidak hadir dengan keputusan ini. Walaupun mereka masih mempunyai had penggunaan lagi, namun mereka mengambil langkah awal supaya ia tidak memberi kesan kepada pengguna sedia ada pada kemudian hari.
Untuk pengguna yang sedia memasang dan menggunakannya, mereka masih boleh kekal menggunakannya tanpa masalah. Namun, tiada sebarang kemaskini yang akan hadir untuk MetroTwit selepas ini.