Menakjubkan! Lelaki Cipta Rekod Berenang Dalam Beg Sejauh 2KM

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Menakjubkan! Lelaki Cipta Rekod Berenang Dalam Beg Sejauh 2KM

Menakjubkan! Lelaki Cipta Rekod Berenang Dalam Beg Sejauh 2KM | Mencipta rekod dunia dengan berenang di perairan laut dalam semestinya sesuatu yang mencabar. Namun rekod sebegini biasa kita dengar. Namun pernahkah anda mendengar cubaan seorang lelaki mahu mencipta rekod dengan berenang di perairan laut dalam tetapi dibungkus dengan sebuah beg seakan-akan beg bungkusan mayat. Cubaan yang dianggap berisiko ini bagaimanapun berjaya dilaksanakan oleh lelaki ini.

berenang2 Menakjubkan! Lelaki Cipta Rekod Berenang Dalam Beg Sejauh 2KM

berenang3 Menakjubkan! Lelaki Cipta Rekod Berenang Dalam Beg Sejauh 2KM

Seorang lelaki Bulgaria berusia 59 tahun mencuba untuk mencipta rekod baru berenang merentasi dengan diikat kaki dan tangan di dalam sebuah beg.

Jane Petkov yang turut dikenali sebagai Lelaki Amfibia di negaranya Bulgaria berkata untuk berjaya melakukannya ia memerlukan tahap fokus yang tinggi dan teknik khas bernafas untuk menjayakannya.
Percubaan itu dilakukan Petkove pada 10 September lepas di Tasik Orhid di Macedonia.

Tangan dan kakinya diikat sebelum beliau dibungkus di dalam sebuah beg menyerupai beg mayat yang tebal. Beliau diikat sekali lagi dengan lilitan di sekeliling beg itu bagi memastikan beliau tidak boleh menggunakan kakinya untuk mengayuh.

Cubaan itu dianggap berbahaya dan berisiko apabila doktor yang memeriksa Petkov mendapati beliau dalam keadaan yang sedikit lemah kerana usianya.

Beliau mengambil masa 2 jam 47 minit untuk berenang sejauh 2 kilometer dan sampai di tepi tasik.
“Saya berasa begitu sejuk ada satu kilometer pertama tetapi semuanya kembali normal selepas itu, jika suhu air lebih panas, saya boleh berenang sejauh 10 kilometer lagi,” katanya.
Setiap aspek percubaan itu dirakamkan dari atas sebuah bot dan rakaman itu akan dihantar ke pejabat Guiness Records di London.

Sumber

If you enjoyed this post, you should read this: Keadaan Kubur Jika Meninggal Di Mekah

Menakjubkan! Lelaki Cipta Rekod Berenang Dalam Beg Sejauh 2KM

Nota: