Menakjubkan! Anjing Bijak Bongkar Kezaliman Pengasuh

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Menakjubkan! Anjing Bijak Bongkar Kezaliman Pengasuh

Menakjubkan! Anjing Bijak Bongkar Kezaliman Pengasuh | Charleston (South Carolina): Seekor anjing membantu membongkar kezaliman pengasuh yang mendera anak tuannya, lapor media semalam.

Menurut media, anjing itu menunjukkan sifat agresif setiap kali Alexis Khan, 22, datang ke kediaman Benjamin Jordan untuk menjaga Finn yang baru berusia tujuh bulan. Alexis menjadi pengasuh Finn sejak lima bulan lalu.

Melihat gelagat anjing mereka yang aneh itu, Jordan dan isterinya memasang kamera telefon dan menyembunyikannya di antara kusyen sofa. Kebimbangan mereka ternyata benarnya. Jordan berkata, mereka melihat Alexis memaki Finn. “Kemudian kami mendengar bunyi tamparan sebelum suara tangisan Finn mulai kedengaran. Tangisannya yang pada awalnya perlahan kemudian menjadi semakin kuat. “Selama lima bulan saya serahkan anak saya kepada penyangak tanpa mengetahui apa yang berlaku semasa ketiadaan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan itu, Alexis ditahan beberapa minggu kemudian. Dia akhirnya mengaku mendera Finn selepas disoal ibu bapa bayi berkenaan secara bersemuka. Alexis dijatuhkan hukuman penjara setahun hingga tiga tahun. Da juga perlu mendaftar sebagai pendera kanak-kanak dan tidak dibenarkan bekerja dengan kanak-kanak lagi pada masa depan.

Jordan berkata, dia sangat terhutang budi kepada anjing peliharaan mereka.

“Jika anjing kami tidak memaklumkan mengenai kejadian itu dan naluri isteri saya yang menyatakan ada sesuatu yang tidak kena, tidak mustahil suatu hari kelak Finn mungkin terbunuh,” katanya. – Agensi

Sumber

If you enjoyed this post, you should read this: safecss

Menakjubkan! Anjing Bijak Bongkar Kezaliman Pengasuh

Nota: