MediaTek Memperkenalkan Cip LTE 64-bit Dengan Sokongan Paparan 2K

MediaTek terkenal sebagai pengeluar cip pada harga rendah berbanding beberapa pengeluar lain, dan sering digunakan dalam kebanyakkan peranti mudah-alih berharga rendah. Terkini, hari ini mereka memperkenalkan sebuah cip pemprosesan baru daripada mereka, iaitu MediaTek MT6795.

MediaTek

MediaTek MT6795 merupakan cip pemprosesan 64-bit lapan-teras yang turut hadir dengan sokongan rangkaian LTE, dan juga paparan 2K melaluinya. Pengenalan ini selari dengan pengumuman Google baru-baru ini yang membawakan sokongan 64-bit untuk Android.

MediaTek MT6795 ini membawakan kepantasan pemprosesan sehingga 2.2GHz, menyertakan sokongan video 480fps Super Slow Motion, dan hadir dengan beberapa ciri-ciri lain, termasuk paparan mudah-alih pada 120Hz (melalui Response Time Enhancement Technology).

Peranti pertama yang menggunakan cip pemprosesan ini dijangka akan hadir menjelang penghujung tahun ini.

Nota: