Maybank Hadir Dengan Aplikasi M2U Pay “Snap & Sell” – Memudahkan Jual-Beli Barangan Persendirian

Maybank kini dilihat telah memperkenalkan sebuah aplikasi baru khusus untuk pengguna Android dan juga iOS, dimana menggunakannya pihak Maybank memudahkan urusan jual-beli dikalangan pengguna, terus menggunakan platform pembayaran Maybank.

M2U Pay Snap & Sell

Aplikasi yang dinamakan sebagai M2U Pay “Snap & Sell” ini mengambil kelebihan transaksi dan jual-beli menggunakan telefon pintar.

Menggunakannya, pengguna yang ingin menjual perlu mendaftar masuk menggunakan akaun Maybank, dan seterusnya merakamkan gambar produk yang ingin dijual, menambah maklumat, dan menerbitkannya. M2U Pay “Snap & Sell” akan membuat pautan khusus untuk produk anda dimana ia boleh digunakan untuk berkongsi di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Kemudian, pada bahagian pembeli pula, mereka boleh klik pada pautan yang disediakan, dan membuat pembelian terus menggunakan akaun Maybank, dan seterusnya memasukkan maklumat penghantaran dan beberapa info lain kepada penjual.

Melalui pengenalan M2U Pay Snap & Sell ini, pihak Maybank dilihat membawa platform M2U Pay mereka selangkah kehadapan, sekaligus menyertai arena e-dagang mudah-alih di Malaysia.

Bagi anda yang mempunyai akaun Maybank, dan ingin mencubanya, boleh memuat-turunnya untuk Android dan iOS hari ini, dan menggunakannya dalam menjual barang-barang anda.

Maybank M2U Snap & Sell

Nota: