Lanjutan daripada laporan berkenaan dengan sijil SSL untuk laman perbankan Maybank sebelum ini yang menerima gred F, kini ia dilihat pembangun web perbankan Maybank telah melakukan sedikit kemaskini dan perubahan. Melalui semakan terkini pada Qualys SSL Labs, laman perbankan Maybank dilihat menerima gred “A”.
Sebelum ini, pada awal minggu, semakan yang dilakukan pada Qualys SSL Labs untuk beberapa laman perbankan tempatan dilhat menerima gred “A”, sebaliknya hanya gred “F” untuk Maybank2U dan juga Maybank2E. Ia dikatakan antara puncanya adalah kerana masih menggunakan SSL2.0 yang mana dilihat sebagai salah satu teknologi lama, disamping tidak mengimplementasikan sokongan forward secrecy. Perkara ini …