Mayat Pelajar UITM Penang Lemas Ditemui

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Mayat Pelajar UITM Penang Lemas Ditemui | Mayat Muhammad Irham Mohd Rosli, 20, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Pulau Pinang yang dihanyutkan arus deras ketika sedang menjala udang di Sungai Kuala Setiu malam tadi, ditemui 5 petang ini.

Mayat mangsa yang juga pelajar Jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dalam semester 6 itu ditemui pasukan penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat di sini kira-kira 600 meter dari tempat dia dihanyutkan arus deras.

Menurut bapa saudaranya, Sulaiman Hussin, 33, yang ditemui di tempat kejadian, beliau bersama mangsa termasuk adik mangsa Hafizi, 18 dan anak sepupunya Arshad Hasbullah, 17, pergi menjaring udang di sungai berkenaan kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Katanya, setelah hampir tiga jam menjala udang mereka beredar untuk naik ke tebing dan ketika itulah mangsa tenggelam dan hilang akibat arus deras sungai ketika itu.

Ibu mangsa Zawiah Meli, 44, pula berkata anaknya pulang ke kampungnya di Kampung Tempinis kerana cuti semester sejak April lalu dan memulakan pengajian 8 Jun depan.

Katanya, mangsa pernah ke kawasan berkenaan sebelum ini untuk menjala udang dan tempat berkenaan tidak asing baginya.

“Arwah adalah anak sulung daripada enam adik beradik dan sentiasa ceria dan menghormati orang tua,” kata ibunya.

Sementara itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Setiu, di Bandar Permaisuri untuk bedah siasat.

– BERNAMA

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Contact form 1

Mayat Pelajar UITM Penang Lemas Ditemui
Emas Putih

Nota: