Mayat pelajar ditemui

Mutakhir

 

 

razis@hmetro.com.my

 

 

Kota Bharu: Pelajar lelaki berusia 13 tahun yang terjatuh ketika berkayak dengan rakannya di Sungai Kampung Gu, Demit, ditemui lemas 11.15 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Wan Zaini Bidin berkata, mayat Nik Hafizan Kamaruddin, 13, ditemui di dasar sungai kira-kira oleh penduduk dengan bantuan bomba 30 meter dari lokasi mangsa terjatuh.

” Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM) Kubang Kerian untuk tindakan lanjut.

“Susulan penemuan mayat itu, operasi ditutup,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Harian Metro online melaporkan, remaja itu terjatuh ketika berkayak bersama enam rakannya jam 5.40 petang semalam.

Nik Hafizan menaiki kayak bersama dua rakan sebelum kayak mereka terbalik.

Rakannya cuba membantu dengan menarik mangsa menggunakan pendayung tetapi gagal sebelum meminta bantuan orang ramai.

 

Image: 
Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Pelajar lelaki berusia 13 tahun yang terjatuh ketika berkayak dengan rakannya di Sungai Kampung Gu, Demit, ditemui lemas 11.15 malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: