Maxthon Memperkenalkan MxNitro – Pelayar Web Terpantas Untuk Windows

Maxthon sedia menawarkan pelayar web mereka kepada beberapa platform, dan hari ini mereka memperkenalkan MxNitro secara rasmi untuk pengguna Windows, sekaligus mengatakan ia sebagai pelayar web terpantas di platform Windows – lebih pantas berbanding dengan Chrome 37.

Maxthon MXNitro

Untuk menjadikannya lebih pantas dan mengurangkan penggunaan memori, pihak Maxthon telah membuang beberapa perkara, termasuk menjadikan antaramukanya lebih ringkas, disamping membuang beberapa pemalam yang memakan memori pemprosesan yang tinggi.

Daripada percubaan kami sendiri, MxNitro ini berfungsi lebih pantas, malah proses pemasangannya juga amat pantas berbanding beberapa pelayar web lain di pasaran.

Walaubagaimanapun, mungkin kekurangan pemalam dan sokongan daripada pembangun ketiga membuatkan orang ramai kurang menggunakan pelayar web ini.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mencuba sendiri pelayar web MxNitro ini, dan melihat sendiri kepantasan pelayaran web yang ditawarkan pelayar web ini.

Nota: