Maxis Menawarkan FindIt – Perkhidmatan Direktori Digital

Pada hari ini, ramai pengguna yang memfokuskan untuk pencarian lokasi dan tempat-tempat menarik terus melalui peranti mudah-alih mereka. Beberapa aplikasi yang digunakan untuk tujuan tersebut adalah termasuk FourSquare, Waze, Google Maps dan sebagainya.

Namun, mungkin ia tidak begitu dioptimasikan untuk pengguna tempatan dan beberapa data mungkin tidak terdapat padanya.

Untuk mengatasi perkara tersebut, hari ini pihak Maxis dan FindIt memperkenalkan perkhidmatan direktori digital mereka yang tersendiri, hadir dengan nama FindIt.

FindIt Android

Daripada apa yang dikongsikan Maxis, FindIt mempunyai lebih daripada 175,000 penyenaraian dalam lebih 2,500 kategori. Menariknya, ia hanya memfokuskan pelbagai perniagaan tempatan sahaja, dan FindIt sendiri ditawarkan dalam bentuk aplikasi Android, iOS, WAP mahupun diakses melalui desktop.

Menggunakan FindIt, pengguna bolhe mencari sesuatu perniagaan, dan turut melihat gambar-gambar yang berkaitan serta melihat koordinat GPS untuk sesuatu lokasi dengan mudah.

Ia diketahui, selain daripada Maxis, pihak FindIt turut bekerjasama dengan Maybank dalam mempromosikan perkhidmatan tersebut.

Khusus untuk pengguna Maxis, mereka turut boleh mengakses FindIt secara percuma dengan mendail *200#.

Maxis Findit

Muat-Turun FindIt untuk iOS
Layari : FindIt

Nota: