Maxis Hadir Dengan Aplikasi Hotlink RED Untuk Pengguna Android

Maxis hari ini secara rasminya melancarkan sebuah aplikasi khusus untuk para pengguna pelan prabayar mereka – Hotlink, dinamakan sebagai Hotlink RED. Buat masa ini, aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna Android sahaja.

Hotlink Android

Menggunakan aplikasi tersebut, pengguna dengan mudah boleh menyemak baki semasa mereka, disamping turut menyemak penggunaan data internet menggunakannya. Ia turut menyediakan akses pantas untuk membeli pas internet harian, mingguan dan sebagainya terus daripada aplikasi ini.

Selain daripada itu, pihak Maxis turut melengkapkan aplikasi ini dengan sebuah tab tambahan untuk memperlihatkan pelbagai promosi dan acara menarik yang diadakan khusus untuk pengguna Hotlink.

Bagi pengguna Hotlink yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Nota: