Maxis Dan DiGi Turut Memulakan Pra-Daftar Untuk iPad Air dan iPad Mini Retina

Selain daripada Celcom, kini dilihat dua lagi syarikat telekomunikasi utama iaitu Maxis dan DiGi turut sama telah memulakan pendaftaran minat untuk dua tablet terbaru Apple, iaitu iPad Air dan iPad Mini Retina.

Maxis iPad Air

DiGi iPad Air

Kedua-dua tablet ini telah diperkenalkan oleh Apple pada bulan lepas, dimana kedua-duanya dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru dan juga skrin Retina. iPad Air membawakan skrin bersaiz 9.7-inci dan dikatakan membawakan rekaan yang amat nipis dan ringan, sementara iPad Mini Retina pula membawakan skrin bersaiz 7.9-inci.

Harga jualan kedua-dua tablet ini masih tidak diketahui buat masa ini. Dengan permulaan pendaftaran minat ini, kita mungkin akan dapat melihat ia dilancarkan dan ditawarkan untuk pasaran tempatan pada awal Disember kelak.

Nota: