Maut ditikam adik

Utama

am@hmetro.com.my

Kulim: Penyelia kilang mati ditikam oleh adik lelakinya di Kampung Kelapa Batu 8, Lunas, di sini, 5.30 petang semalam.

Mangsa S Mohanakrishnan, 54, maut di hadapan pintu pagar rumahnya selepas terkena satu tikaman di rusuk kiri sehingga tembus ke belakang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, ketika kejadian mangsa yang tinggal di Padang Serai, dekat sini, datang ke rumah suspek bersama seorang lagi adik lelaki berusia 50 tahun.

Katanya, menurut siasatan awal polis, difahamkan mangsa datang untuk melawat suspek dan berbincang beberapa perkara.

“Ketika kejadian adiknya berusia 50 tahun keluar untuk membeli makanan sebelum menerima panggilan daripada mangsa mendakwa dia ditikam oleh suspek.

“Adik mangsa bergegas balik dan menemui mangsa terbaring di halaman rumah berhampiran pintu pagar dan menghubungi ambulans,” ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Abdullah berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan suspek yang berusia 52 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori ditahan di tempat kejadian.

“Polis turut merampas senjata yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa di rumah suspek.

“Siasatan lanjut motif dan punca kejadian masih disiasat dan kes diklasifikasi sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Kesan,” katanya.

Image: 
Azahar Hashim

Kulim: Penyelia kilang mati ditikam oleh adik lelakinya di Kampung Kelapa Batu 8, Lunas, di sini, 5.30 petang semalam.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: