Mat Yeh suspek utama

Utama

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Seorang daripada tiga tonto yang merempuh kenderaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hingga menyebabkan kematian seorang pegawainya, minggu lalu sudah dikenal pasti.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek itu adalah Mohd Nawawi Husin, 34, atau lebih dikenali Mat Yeh yang berasal dari Pasir Mas.

“Dia adalah suspek utama yang kita kenal pasti berdasarkan siasatan dan risikan yang dilakukan.

“Kita juga mendapati Mat Yeh, berbadan gempal dan licik menukar penampilannya termasuk dengan imej botak serta separuh botak untuk mengaburi pihak berkuasa.

“Berdasarkan perkembangan terbaru ini, kita juga yakin dapat menyelesaikan kes segera,” katanya ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Din berkata, pihaknya turut mendapatkan kerjasama pasukan keselamatan Thailand untuk memburu Mat Yeh dan konconya yang dikatakan bersembunyi di negara itu sejak kejadian berlaku.

Beliau menasihati orang ramai supaya bekerjasama dengan pihaknya jika mempunyai maklumat dan tidak menyebarkan gambar mendakwa suspek diburu tanpa pengesahan polis.

Berita berkaitan:

• Naik pangkat anumerta

• Tonto makin melampau, pengecut

• Dah tahu siapa

• Wanita maut dirempuh ‘tonto’

Image: 
Rosliza Mohamed

Kota Bharu: Seorang daripada tiga tonto yang merempuh kenderaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hingga menyebabkan kematian seorang pegawainya, minggu lalu sudah dikenal pasti.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: