Mat Said Umum Keluar UMNO Berkuat Kuasa Serta Merta

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Mat Said Umum Keluar UMNO Berkuat Kuasa Serta Merta | Beberapa jam selepas Datuk Seri Ahmad Said letakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, beliau telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

“Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

surat letak jawatan mat said1 Mat Said Umum Keluar UMNO Berkuat Kuasa Serta Merta

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal,” katanya dalam surat tersebut.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

surat letak jawatan mat said Mat Said Umum Keluar UMNO Berkuat Kuasa Serta Merta

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Baki dua lagi adalah calon bebas. – Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Recipe

Mat Said Umum Keluar UMNO Berkuat Kuasa Serta Merta
Dr Fuh

Nota: