Mari Tambah Sokongan “Stickers” Pada Google Hangout Di Android

Stickers merupakan salah satu fungsi pada aplikasi permesejan untuk menghantar gambar berbentuk GIF dalam mengekpresi sesuatu perkara dengan mudah. Google Hangouts untuk iOS sedia menyokongnya, tetapi untuk Android sokongan tersebut tidak hadir terbina buat masa ini.

Stickers for Hangouts

Untuk memudahkan pengguna menghantar beberapa stickers melalui perkhidmatan tersebut, salah seorang pembangun kini hadir dengan sebuah aplikasi dinamakan Stickers for Hangouts.

Menggunakannya, ia berfungsi seperti menghantar gambar biasa kepada pengguna lain, dimana pengguna hanya perlu klik pada menu menghantar gambar, dan memilih pilihan Stickers for Hangouts.

Beberapa koleksi hadir pada aplikasi ini, yang mana merupakan koleksi asal daripada Google sendiri.

Apa pun, hendaklah diambil perhatian dimana memandangkan Hangouts kini turut mengintegrasikan sokongan SMS, dan sekiranya ia dihantar menggunakan perkhidmatan SMS, ia akan dikira sebagai MMS.

Nota: