Marah lamaran ditolak

Utama

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Gadis pekerja pusat kecantikan yang ditemui mati, Ahad lalu, di bilik tempat kerjanya di Tanjung Aru, di sini, dipercayai dibunuh.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian atas gusi selain tulang hidung patah dan satu gigi tercabut akibat dihentak benda tumpul.

“Hasil bedah siasat juga mendapati punca kematian mangsa disebabkan dicekik oleh suspek.

“Berdasarkan daripada maklumat yang diperoleh, polis berjaya menahan dua suspek dalam tangkapan berasingan di Kota Kinabalu,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, motif awal kejadian ini disebabkan ketidakpuashatian suspek ke atas mangsa selepas lamarannya ditolak dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ahad lalu, Harian Metro, melaporkan seorang gadis pusat kencantikan ditemui mati dalam keadaan terbaring dengan mulutnya berdarah di tempat kerjanya di sebuah premis, Tanjung Aru.

Jasad Norfazlina Abantas, 20, ditemui pengurus pusat spa berkenaan, pada 11.38 pagi, hari kejadian, selepas dihubungi seorang daripada pekerjanya.

M Chandra, ketika itu dipetik berkata, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian tiada kesan selongkar atau geledah dan kematian ketika diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Image: 
Junaidi Ladjana & Mohd Ruzaini Zulkepli

Kota Kinabalu: Gadis pekerja pusat kecantikan yang ditemui mati, Ahad lalu, di bilik tempat kerjanya di Tanjung Aru, di sini, dipercayai dibunuh.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: