Manusia Hebat Telan Sotong Hidup-hidup!

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Manusia Hebat Telan Sotong Hidup-hidup!

Manusia Hebat Telan Sotong Hidup-hidup! | Seoul: Amalan memakan ikan mentah yang lazim di timur Asia sudah diterima baik di seluruh dunia, tetapi memakan sotong hidup mungkin memerlukan masa untuk diterima ramai.

Tetapi ia bukan menjadi masalah kepada sebahagian pengunjung pesta makanan di Seoul.

Tanpa banyak masalah mereka menarik keluar sotong hidup dari bekas dan cuba memasukkan hidupan itu ke mulut masing-masing. Pada masa sama tentakel sotong itu melekap pada jari, bibir dan pipi menjadikan ia agak sukar untuk dimakan pengunjung pesta makanan itu.

Bagaimanapun, pada akhirnya pengunjung yang “kebuluran” itu mula mengunyah sotong hidup berkenaan walaupun tentakelnya jelas kelihatan bergerak-gerak.

Walaupun amalan berkenaan mungkin memerlukan masa lebih lama untuk diterima di negara lain, sebahagian penduduk Korea Selatan jelas gemar dengan apa yang dilakukan.

telan sotong hidup Manusia Hebat Telan Sotong Hidup hidup!

Bandar Donghae menganjurkan Pesta Sotong pada setiap Disember dan menarik kedatangan sehingga 70,000 pelawat dari seluruh dunia setiap tahun. Pengunjung boleh menangkap sotong itu dengan tangan serta menyertai acara yang diadakan bagi meraikan hidangan makanan tempatan. Antara pertandingan diadakan ialah “merawat sotong” serta “menyiang sotong mentah.” Pesta berkenaan diadakan ketika Mahkamah Agung Korea Selatan membebaskan seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasihnya selepas wanita terbabit didakwa tercekik ketika makan sotong hidup.

Sebelum ini, lelaki berusia 32 tahun berkenaan dihukum penjara seumur hidup. – Agensi

Sumber

If you enjoyed this post, you should read this: Tempat Hanya Lelaki Sahaja Di Benarkan Masuk

Manusia Hebat Telan Sotong Hidup-hidup!

Nota: