Manual – Membolehkan Anda Membuat Tetapan Manual Ketika Rakaman Gambar Di iPhone

Mungkin ada pengguna iPhone yang ingin merakamkan gambar menggunakan sokongan kawalan manual dan bukan hanya automatik sahaja. Untuknya, kini sebuah aplikasi hadir dinamakan Manual, membolehkan pengguna membuat beberapa tetapan menggunakannya.

Manual iPhone

Melalui aplikasi Manual, pengguna boleh mengawal beberapa perkara, termasuk fokus, ISO, White Balance, Shutter, dan juga Exposure.

Gambar yang dirakamkan menggunakan aplikasi ini disimpan terus ke Camera Roll seperti biasa, dan turut hadir dengan beberapa ciri-ciri khusus.

Bagi anda yang merupakan seorang jurugambar dan inginkan lebih kawalan ketika rakaman gambar menggunakan kamera iPhone, anda boleh memuat-turun dan mendapatkan aplikasi Manual ini pada harga $1.99.

Nota: