imas@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Suami kepada wanita hamil yang didapati positif virus Zika pada 6 September lalu disahkan sebagai mangsa keempat jangkitan Zika di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai kes itu pada 7 September lalu.
“€œLelaki berusia 25 tahun itu adalah suami kepada kes ketiga jangkitan Zika yang sedang hamil dan menetap di Taman Desa Harmoni, Johor Bharu.
“€œPesakit hanya mengalami gejala ruam pada 2 September dan telah disahkan dengan ujian makmal bahawa positif Zika.
“€œBerikutan itu, pesakit dimasukkan ke wad di sebuah hospital kerajaan di Johor untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut,”€ katanya.

Kuala Lumpur: Suami kepada wanita hamil yang didapati positif virus Zika pada 6 September lalu disahkan sebagai mangsa keempat jangkitan Zika di negara ini.





Widget not in any sidebars