Malaysia catat kes Zika pertama

Utama

garret@hmetro.com.my

Putrajaya: Kes virus Zika pertama dilaporkan di negara ini apabila wanita dari Taman Botanic, Klang disahkan mendapat virus itu selepas pulang melawat anaknya di Singapura, 21 Ogos lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, wanita berusia 58 tahun itu mula mendapat gejala ruam pada 28 Ogos dan pada 30 Ogos pesakit mendapat rawatan di klinik swasta di Klang sebelum disyaki mempunyai virus Zika.

“Selepas dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 30 Ogos, wanita itu disahkan positif virus Zika hasil pemeriksaan ujian air kencing, manakala ujian darah masih menunggu keputusan.

“Kes ini adalah yang pertama dilaporkan di Malaysia dan setakat ini wanita itu dalam keadaan stabil,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian kini mula membuat kawalan vektor di kawasan kediaman wanita berkenaan dan tempat yang pernah dilawatinya.

wanita virus zika sidang media
Image: 
Garret Dawum

Putrajaya: Kes virus Zika pertama dilaporkan di negara ini apabila wanita dari Taman Botanic, Klang disahkan mendapat virus itu selepas pulang melawat anaknya di Singapura, 21 Ogos lalu.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: