Makanan Terbaik Untuk Lelaki

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Makanan Terbaik Untuk Lelaki | Bagi admin, semua benda yang halal dan bersih adalah terbaik untuk lelaki tapi lelaki lelaki sekalian kena ingat yang lelaki mempunyai risikonya tersendiri, admin dah listkan Makanan Terbaik Untuk Lelaki, jom baca untuk kebaikkan diri sendiri.

Makanan Terbaik Untuk Lelaki

1. Tomato @ Sos tomato

Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki.

Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.

2. Tiram

2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko.

Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.

3. Brokoli

Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita.

Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.

4. Peanut butter

Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.

5. Tembikai

Didapati lelaki dengan lingkungan usia sehingga 55 tahun, lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke.

Tembikai kaya dengan sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.

Mencegah lebih baik dari merawat. Kawal pemakanan dan ambil makanan yang betul mampu menjamin kesihatan kita di masa akan datang.

Sumber

If you enjoyed this post, you should read this: Pesawat China Temui 3 Objek Baru Dalam Misi Mencari MH370

Makanan Terbaik Untuk Lelaki
Beki Mustaffa

Nota: