Mahu dikebumikan sebelah pusara anak

Utama

am@hmetro.com.my

Hulu Terengganu: Isteri anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia yang maut selepas operasi cari pemacing hilang di Sungai Lut, FELDA Jerangau Barat, tengah hari ini, berkata arwah suaminya agak kurang sihat ketika menyertai operasi itu.

Anisha Jusoh @ Jaafar, 33, bagaimanapun, berkata suaminya tetap beria-ia mahu menyertai operasi walaupun dilarangnya sebelum keluar ke rumah pada 7.30 pagi.

“Suami ada mengadu sakit perut dan kurang sihat dan semalam baru sahaja menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

“Walaupun saya ada melarang arwah untuk sertai operasi, saya tetap kejutkan dia pada 6.30 pagi,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu, hari ini.

Allahyarham Mohd Syawal Mohd Yusof, 35, dikatakan rebah selepas selesai menyertai operasi SAR pemancing berkenaan yang ditemukan pada 11.30 pagi.

Mohd Syawal diberikan bantuan kecemasan oleh pasukan penyelamat, pada kira-kira 12 tengah hari.

Awrah kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Jenazah mangsa akan dikebumikan di Kampung Tanjung Putat, Hulu Terengganu.

Mangsa meninggalkan dua anak lelaki, masing-masing berusia 10 dan lima tahun.

Sementara itu, Anisha berkata, arwah suaminya pernah berpesan jika beliau ditakdirkan meninggal dunia terlebih dahulu, arwah meminta dia dikebumikan di sebelah pusara anak mereka yang lahir pramatang, enam tahun lalu.

Rakan sekerja arwah, Mohd Syahrudin Razal, 25, berkata beliau dan arwah menyertai kumpulan pencarian kedua bersama 18 lagi anggota APM yang lain, pada kira-kira 11 pagi.

Katanya, sepanjang pencarian mangsa ceria dan bercakap seperti biasa namun ketika bertolak balik ke pusat kawalan operasi mangsa tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa ada mengadu sedikit letih namun masih boleh bertahan ketika menuju ke pusat kawalan kira-kira 300 meter dari pusat kawalan di mana mangsa rebah.

“Kami cuba memberikan bantuan awal namun beliau tetap tidak sedarkan diri dan kemudian dia terus dikejarkan ke hospital,” katanya.

Sementara itu Pengarah APM Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata beliau mengagumi semangat arwah yang memberikan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap tugas walaupun dalam keadaan kurang sihat.

Sambil menyifatkan pemergian Mohd Syawal satu kehilangan besar kepada pasukan itu, beliau berkata arwah juga adalah seorang wira dalam sukarelawan yang aktif dalam pasukan sejak bersama pasukan APM sejak lima tahun lalu.

“Kita akan menyalurkan bantuan segera kepada keluarga mangsa dan APM Terengganu telah kehilangan seorang anggota yang aktif dan komited dalam menjalankan tugas,” katanya.

Image: 
BERNAMA

Hulu Terengganu: Isteri anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia yang maut selepas operasi cari pemacing hilang di Sungai Lut, FELDA Jerangau Barat, tengah hari ini, berkata arwah suaminya agak kurang sihat ketika menyertai operasi itu.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: