macOS Sierra Kini Sedia Dimuat-Turun Oleh Pengguna Komputer Apple

Apple menggunakan sistem operasi tersendiri untuk komputer mereka, yang mana dikenali dengan nama Mac OS X. Bermula hari ini, nama tersebut berubah apabila pihak Apple kini telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi terbaru mereka, iaitu macOS Sierra.

Bersama kemaskini baru ini, Apple menyertakan sejumlah fungsi baru, dan salah satunya adalah pengenalan sokongan Siri terus didalam Mac – sekaligus memudahkan lagi proses anda membuat arahan suara dan pertanyaan pantas kepada Siri. Disamping itu, macOS Sierra turut menyertakan kebolehan untuk mengoptimasikan ruangan storan, sokongan paparan folder dalam bentuk tab, menggunakan Apple Watch untuk unlock dan beberapa yang lain.

macOS Sierra ini menyokong komputer Macbook 2009 dan terkini, Macbook Pro 2010 dan terkini, Macbook Air 2010 dan terkini, iMac 2009 dan terkini dan juga MacPro 2010 dan terkini.

Bagi anda yang menggunakannya, anda boleh membuka Mac App Store hari ini, dan klik pada imej macOS Sierra yang dipaparkan pada bahagian kanannya.

Baca : Apa yang baru pada macOS Sierra

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: