Logitech Melancarkan Logitech G433 7.1 Dan G233 Prodigy – Dua Fon Kepala Untuk Permainan Video

Fon kepala untuk permainan atas talian adalah aksesori yang amat diperlukan. Selain memastikan pemain dapat berbicara dengan rakan sepasukan, ia turut mengurangkan bunyi bising pada waktu malam. Logitech telah melancarkan dua fon kepala khusus untuk golongan gamer di Malaysia iaitu Logitech G433 7.1 dan G233 Prodigy.

Logitech G433 7.1 menyokong sistem audio DTS yang memberikan audio dari pelbagai arah. Terdapat mic terbina yang boleh ditanggalkan. Fon kepala ini menyokong sambungan bicu audio 3.5mm dan USB yang boleh ditukar dengan mudah. Ia hadir dalam warna Royal Blue, Fire Red, dan Triple Black dari bahan fabrik yang boleh dibasuh. Ia dijual bermula Julai pada harga RM 499 sepasang dan boleh digunakan pada PC, PlayStation 4 serta Xbox One.

Logitech G233 Prodigy pula hanya menyokong audio stereo tetapi mengekalkan mic terbina yang boleh ditanggalkan. Tidak seperti G433, G233 Prodigy hanya menyokong sambungan bicu audio 3.5 mm. Ia dijual bermula Julai hadapan pada harga RM369 sepasang dengan sokongan untuk PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: