Linux Foundation Membawakan Kursus Linux Percuma Melalui EdX

Linux FoundationPada bulan Mac yang lalu The Linux Foundation mengumumkan kerjasama dengan laman pembelajaran atas talian EdX untuk memberikan akses percuma untuk kursus pengenalan kepada sistem operasi linux, dan kini anda boleh menyertainya bermula daripada kursus LFS101x – Introduction to Linux.

Untuk pengetahuan anda, kursus ini bernilai USD 2,400 (kira-kira RM 7,670) dan kini ia ditawarkan secara percuma kepada umum. Kursus ini akan bermula pada hari esok, 1 Ogos 2014. Untuk mendapatkan lebih nilai pengalaman pembelajaran, adalah sangat dinasihatkan supaya anda memasang sistem operasi Linux terlebih dahulu pada komputer anda seperti Ubuntu Linux ataupun Linux Mint. The Linux Foundation turut membekalkan sebuah buku panduan dalam bentuk PDF untuk memastikan anda bersedia sepenuhnya untuk kursus ini dengan komputer anda.

Kursus ini akan berjalan selama 40 hingga 60 jam bergantung kepada keselesaan anda. Jika anda tidak berkesempatan untuk memberikan komitmen seratus peratus untuk menghabiskan kursus ini, anda turut boleh mengauditnya untuk mendapat akses penuh kepada bahan-bahan pembelajaran yang digunakan, ujian, serta forum untuk perbincangan atas talian.

The post Linux Foundation Membawakan Kursus Linux Percuma Melalui EdX appeared first on Amanz.

Nota: