LINE Whoscall Hadir Untuk Android – Membolehkan Anda Ketahui Siapa Disebalik Nombor Panggilan

LINE hari ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi baru untuk pengguna Android, dinamakan sebagai LINE Whoscall. Ia membolehkan pengguna untuk mengetahui siapakah yang disebalik nombor panggilan yang diterima, disamping menyekat nombor yang tidak disukai.

LINE Whoscall ini boleh dikatakan sebagai penjenamaan semula aplikasi “whoscall” selepas pihak LINE mengambil-alih syarikat berkenaan pada bulan lepas.

LINE Whoscall dikatakan mempunyai lebih 600 juta nombor pada pangkalan data mereka, dimana mereka mengumpulkannya daripada pelbagai nombor telefon syarikat dan kedai yang diterbitkan di Yellow Pages dan di internet.

Menggunakannya, sebaik sahaja anda menerima panggilan, ia akan turut membuat carian serta-merta dan memaparkan siapakah yang sedang membuat panggilan kepada anda.

Daripada percubaan kami sendiri, pelbagai nombor telefon di Malaysia turut telah diindeks pada perkhidmatan tersebut, memudahkan anda mengetahui siapakah yang sedang memanggil, sekaligus mengelakkan panggilan daripada syarikat-syarikat yang tidak digemari anda.

Untuk makluman, fungsi yang sama telah diperkenalkan oleh Google bersama-sama KitKat, dan akan diperkenalkan dengan meluas pada tahun ini.

Nota: