LINE Hadir Dengan Aplikasi Penyuntingan Video Ringkas – SnapMovie

Line Snap MovieTerdapat beberapa aplikasi yang memudahkan fungsi penyuntingan video dan membuat filem ringkas. Terkini, salah satu aplikasi baru yang hadir dengan fungsi lebih kurang menyerupai HTC Zoe adalah LINE SnapMovie.

Aplikasi ini hadir daripada penerbit aplikasi permesejan terkemuka – LINE, dan ditawarkan untuk pengguna Android terlebih dahulu. Versi iOS dijangka akan menyusul selepas ini.

Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh merakamkan video, seterusnya menyambungkan beberapa babak – menambah kesan penuras, dan lagu, sebelum menerbitkannya.

Buat masa ini sebanyak 9 kesan penuras disediakan dalam membuatkan video anda kelihatan lebih menarik dan bersesuaian dengan latar rakaman.

LINE SnapMovie

Akhir sekali, sebelum menerbitkan video tersebut, pengguna boleh menambah tajuk dalam bentuk teks pada video berkenaan. Buat masa ini, panjang video yang dihasilkan diterhadkan kepada 30 saat sahaja.

Bagi anda yang berminat nak mencubanya, boleh memuat-turun aplikasi LINE SnapMovie hari ini untuk Android secara percuma – dan menggunakannya dalam menghasilkan video yang menarik.

Nota: