Document Foundation hari ini secara rasminya telah melancarkan LibreOffice 4.3, sekaligus menjadikan ia sebagai versi ke-8 yang dilancarkan secara rasmi sejak projek tersebut dimulakan pada bulan September 2010 lepas.
Melalui LibreOffice 4.3, ia membawakan beberapa penambah-baikkan termasuk beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.
Salah satu perkara yang hadir pada LibreOffice 4.3 adalah sokongan lebih banyak format dokumen, termasuk dari segi OOXML Stict, OOXML Graphics, sokongan fail format Mac yang lama seperti ClarisWorks, MacWorks, SuperPaint, selain sokongan untuk lebih 30 jenis formula di Excel.
Versi baru ini juga turut menyertakan sokongan pengurusan komen yang lebih baik dan boleh dicetak di dalam margin dokumen. Perkara ini turut memudahkan kolaborasi yang lebih mudah dan baik berbanding sebelum ini.
Selain daripada itu, LibreOffice 4.3 turut membawakan pelbagai penambah-baikkan lain berbanding versi sebelum ini, termasuk dari segi prestasi dan juga sekuriti.
Bagi anda yang menggunakan LibreOffice, boleh mengemaskini ia ke versi terkini hari ini, ataupun memuat-turunnya untuk Windows, Mac dan juga Linux.