LG Menerbitkan Video Teaser Pertama Untuk LG G3

LG sedia menjadualkan sebuah acara pelancaran khusus untuk telefon pintar terbaru mereka, iaitu LG G3, dan kini melalui sebuah video teaser yang diterbitkan di YouTube, pihak LG mengesahkan nama peranti berkenaan dan memberikan idea awal berkenaan peranti yang bakal diumumkan mereka.

LG G3 Teaser

LG menjadualkan tarikh 27 Mei ini untuk memperkenalkannya, dan beberapa gambar telah sedia tertiris memperlihatkan secara kasar apakah yang akan diperlihatkan.

Mengikut pelbagai info yang tertiris ke arena web, LG G3 dikatakan akan menyertakan skrin 5.5-inci dengan paparan pada resolusi 2560×1440, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 801, kamera 13-megapixel, serta rekaan butang fizikal pada bahagian belakang seperti versi sebelum ini.

Melalui video teaser yang diperlihatkan, selain rekaan peranti, pihak LG juga secara kasar dilihat memfokuskan kepada bahagian kamera dan audio di peranti tersebut.

Sama-sama kita nantikan apakah fungsi khusus dan penambahan fungsi menarik yang dibawakan oleh LG G3 ini melalui pengumuman rasminya dalam masa dua minggu lagi.

Nota: