LG Memperkenalkan Tab Book – Peranti Hibrid Android Bersaiz 11.6-inci Menggunakan Intel Core i5

LG menawarkan beberapa tablet berasaskan Android di pasaran global hari ini, dan kini syarikat dari Korea Selatan tersebut turut menambah sebuah lagi produk baru dibawah penawaran mereka, dinamakan sebagai LG Tab Book.

LG Tab Book

LG Tab Book hadir dengan skrin bersaiz 11.6-inci, dan dilihat berfungsi sebagai peranti hibrid – membolehkan pengguna menggunakannya sebagai tablet ataupun mengubahnya menjadi komputer riba dengan menggunakan papan kekunci yang boleh di slide daripada bahagian belakang.

LG Tab Book ini dijana menggunakan cip intel haswell Core i5 – sekaligus menjadikan ia sebuah tablet Android yang berkuasa tinggi di pasaran hari ini. Peranti hibrid 2-dalam-1 ini turut dilengkapi dengan ruangan USB 3.0, HDMI, selain turut hadir dengan memori sebanyak 4GB RAM, dan juga ruangan untuk mikro-SD.

Daripada spesifikasinya, boleh dikatakan ia agak tinggi untuk sebuah tablet Android, dan perkara ini juga akan menyumbang kepada harga jualan yang lebih tinggi berbanding kebanyakkan peranti lain. Ia tidak diketahui sama ada peranti hibrid Android ini akan menarik pengguna untuk mendapatkannya ataupun sebaliknya – memandangkan mungkin pengguna boleh mendapatkan peranti hibrid Windows yang boleh melakukan lebih banyak tugasan pada harga dan spesifikasi lebih kurang sama.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan LG Tab Book ini?

Nota: