LG Memperkenalkan “L Series 3″ – Telefon Pintar Dengan Spesifikasi Pertengahan Untuk 2014

LG hari ini mengumumkan telefon pintar “L Series” generasi ke tiga yang merangkumi tiga buah telefon pintar baru dengan spesifikasi pertengahan. LG mengatakan mereka akan memperlihatkannya pada acara Mobile World Congress 2014 pada penghujung bulan ini.

LG L Series 3

Tiga peranti baru yang diperkenalkan adalah LG L90, LG L70 dan juga LG L40. Ketiga-tiganya dilengkapi dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, memori 1GB RAM, dan dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.4 KitKat.

Membezakannya adalah LG L90 menggunakan skrin bersaiz 4.7-inci dan kamera 8-megapixel, sementara LG L70 pula menyertakan skrin bersaiz 4.5-inci dengan kamera 8-megapixel. Terakhir sekali adalah LG L40 dengan skrin 3.5-inci dengan kamera 3-megapixel.

Ketiga-tiganya membawakan rekabentuk peranti dan antaramuka sistem operasi yang selari dengan pelbagai telefon pintar mereka yang lain.

Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia ataupun sebaliknya buat masa ini.

Nota: