LG Memperkenalkan KizON – Peranti Boleh-Pakai Untuk Kanak-Kanak

Dengan arena peranti boleh-pakai yang menjadi fokus ramai pengeluar pada tahun ini, pelbagai peranti telah diperkenalkan. Terkini, pihak LG yang sedia mempunyai penawaran LG G Watch, turut hadir dengan sebuah peranti memfokuskan kepada kanak-kanak, dinamakan sebagai KizON.

LG KizON

LG KizON menyasarkan kepada kanak-kanak pra-sekolah dan mereka yang bersekolah rendah, membolehkan ibu bapa untuk memantau dan mengetahui lokasi semasa kanak-kanak dengan mudah. LG KizON menggunakan sokongan GPS dan WiFi untuk membolehkan ibu bapa mengetahui lokasi semasa kanak-kanak dalam bentuk masa-nyata.

Disamping itu, peranti boleh-pakai ini turut menyertakan satu butang panggilan, membolehkan kanak-kanak menghubungi ibu bapa dengan menekannya.

Peranti yang hadir dengan sokongan rangkaian 2G/3G ini boleh beroperasi selama lebih kurang 36 jam menggunakan kuasa bateri, dan pihak LG menyediakan sebuah aplikasi khas untuk menguruskannya pada peranti yang menjalankan Android 4.1 dan terkini.

LG KizON akan ditawarkan di Korea Selatan bermula 10 Julai kelak, dan akan ditawarkan di negara-negara lain secara berperingkat selepas itu.

Nota: