Samsung sedia hadir dengan Samsung Pay, yang memudahkan pengguna membuat pembayaran menggunakan telefon pintar Samsung ketika membuat pembelian barangan di kedai-kedai fizikal. Kini, LG turut mengikut jejak, dan mengumumkan LG Pay secara rasminya hari ini.
Perkhidmatan LG Pay ini hanya diperkenalkan di Korea Selatan sahaja buat masa ini, dan terhad untuk digunakan bersama telefon pintar terbaru LG G6 sahaja. Seperti biasa, pengguna perlu menambah kad kredit atau debit terlebih dahulu, dan seterusnya boleh menggunakan telefon untuk membuat pembayaran pada kaunter.
Selain daripada itu, LG Pay juga turut menyokong integrasi kad ganjaran – lebih kurang sama seperti Samsung Pay.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah LG akan memperluaskan perkhidmatan sama ke negara-negara lain.