LG Bakal Hadir Dengan Variasi G3 Dengan Sokongan Stylus

LG dan Samsung – kedua-duanya dari Korea Selatan sering bersaing dalam memperkenalkan produk-produk mereka. Terkini, melalui sebuah video promosi, ia dilihat LG turut sedang menyiapkan sebuah lagi peranti baru, yang mana menyertakan sokongan stylus – lebih kurang seperti Galaxy Note.

LG G3 Stylus

LG pada tahun ini telah memperkenalkan LG G3 yang mana merupakan telefon pintar flagship mereka, sebelum turut hadir dengan variasi bersaiz mini mereka yang dinamakan LG G3 Beat.

Peranti baru ini kelak dilihat akan dinamakan sebagai LG G3 Stylus, dan membawakan saiz skrin yang lebih besar berbanding kedua-dua yang sebelumnya, serta dilengkapi dengan sokongan stylus.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak LG akan mengumumkannya secara rasmi. Berkemungkinan kita akan dapat melihat ia diperkenalkan sekitar pengenalan Galaxy Note 4 oleh Samsung kelak.

Apa pun, satu yang pasti adalah dimana pihak LG seperti telah melupakan pasaran Malaysia untuk peranti mudah-alih mereka, dan tidak diketahui adakah mereka akan menawarkannya di Malaysia. Sehingga kini, pelbagai peranti LG tidak dipasarkan di Malaysia, termasuk LG G2 dan G Flex yang diperkenalkan pada tahun lepas.

The post LG Bakal Hadir Dengan Variasi G3 Dengan Sokongan Stylus appeared first on Amanz.

Nota: