Lenovo Yoga 910 Hadir Dengan Rekaan Bingkai Skrin Yang Sangat Nipis Dan Seksi

Lenovo hari ini telah mengambil pentas utama di IFA 2016 dalam memperkenalkan beberapa produk baru mereka, termasuk salah satunya adalah komputer riba dengan rekaan skrin yang sangat nipis dan seksi, dinamakan Lenovo Yoga 910.

Seperti Dell XPS 13 yang telah diperkenalkan sebelum ini, Lenovo Yoga 910 ini menggunakan rekaan bingkai skrin yang sangat nipis = dan turut hadir dengan pilihan paparan resolusi 1080p ataupun 4K. Dengan rekaan bingkai skrin yang nipis ini, ia sekaligus membolehkan saiz komputer riba berkenaan menjadi lebih kompak dan kecil berbanding komputer riba lain.

Lenovo Yoga 910 ini dijana menggunakan cip Intel Core generasi ketujuh, dilengkapi memori sehingga 16GB RAM dan ruangan storan sehingga 1TB SSD. Dari segi masa penggunaan bateri, Lenovo mengatakan Yoga 910 ini menawarkan masa penggunaan sehingga 15.5-jam lamanya. Lenovo Yoga 910 ini membawakan rekaan skrin yang boleh diputarkan sekaligus membolehkan ia digunakan dalam beberapa mod berbeza.

Lenovo Yoga 910

Berbeza dengan Dell yang memposisikan kamera hadapan dibawah, Yoga 910 mengekalkannya pada bahagian biasa pada komputer riba – iaitu di tengah. Untuk tujuan sekuriti tambahan, Lenovo turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada komputer riba ini.

Lenovo Yoga 910 ini akan dipasarkan bermula bulan Oktober 2016 ini pada harga bermula $1299 (~RM5308).

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: