Lenovo Vibe Z Dengan Sokongan LTE Akan Dilancarkan Di Malaysia Minggu Hadapan

Lenovo hari ini telah mula menghantar emel jemputan kepada media tempatan untuk pelancaran telefon pintar terbaru daripada mereka – Lenovo Vibe Z.

Lenovo Vibe Z

Lenovo Vibe Z merupakan telefon pintar pertama daripada Lenovo yang membawakan sokongan rangkaian LTE. Ia turut dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 800, skrin bersaiz 5.5-inci dan kamera belakang 13-megapixel.

Lenovo turut mengatakan peranti ini akan hadir secara eksklusif bersama Celcom untuk permulaan.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai harga dan sebagainya pada acara pelancarannya minggu hadapan.

Baca juga:  Huawei Ascend Mate 7 Akan Hadir Ke Malaysia Sebelum Penghujung Oktober
Nota: