Lenovo Vibe X2 Diperkenalkan – Hadir Dengan Rekaan Kerangka Berlapis

Lenovo hari ini bersempena dengan IFA 2014 telah memperkenalkan salah satu telefon pintar terbaru mereka, dinamakan sebagai Lenovo Vibe X2. Telefon pintar ini hadir dalam pilihan warna merah, putih, kelabu dan juga emas.

Dari segi rekabentuk, ia hadir dengan rekaan warna yang agak unik, dimana bahagian tepinya hadir dengan warna berlapis yang mana agak berbeza dan menjadikannya agak unik berbanding peranti lain.

Lenovo Vibe X2

Lenovo Vibe X2 menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6595, yang mana turut menyertakan sokongan LTE bersama-sama dengannya. Peranti bersaiz 5-inci ini juga turut hadir dengan kamera hadapan 5-megapixel, kamera belakang 13-megapixel, dan ruangan storan terbina 32GB.

Beberapa aksesori khusus turut hadir – termasuk dengan kerjasama pihak JBL yang mana ia turut berfungsi sebagai sebuah kickstand.

Lenovo Vibe X2 ini akan dipasarkan bermula bulan Oktober ini di China terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke negara lain.

Nota: