Lenovo Malaysia Kini Menawarkan Kedai Atas-Talian Rasmi Melalui Lazada

Lazada sedia menjadi pusat sehenti untuk para pembeli, membuatkan sejumlah jenama melancarkan kedai atas-talian rasmi mereka pada platform berkenaan. Terkini, Lenovo Malaysia turut mengikut jejak, dan telah melancarkan kedai-atas talian rasmi mereka di Lazada.

Melalui kedai atas-talian ini, ia membolehkan para pengguna membuat pembelian pelbagai produk komputer dengan mudah – dan membelinya dengan yakin tanpa was-was.

Bersempena dengan pelancaran kedai atas-talian ini, Lenovo turut menawarkan pra-tempahan untuk Lenovo IdeaPad 120S menggunakan cip Intel Celeron N3350 secara eksklusif di Lazada pada harga RM999.

Layari : Lenovo x Lazada

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: