Lenovo Bakal Hadir Dengan Tablet Baru Bersempena MWC 2014

Dengan acara Mobile World Congress 2014 yang akan bermula pada hari Isnin ini secara rasminya, beberapa syarikat telah pun mula memperkenalkan beberapa peranti baru, dan tidak ketinggalan juga adalah pengenalan teaser untuk produk yang bakal diperkenalkan.

Lenovo MWC 2014

Terkini, Lenovo melalui laman Twitter, memperlihatkan mereka akan hadir dengan sebuah tablet baru, dan akan mempertontonkannya pada acara MWC 2014 ini.

Tiada sebarang nama, spesifikasi mahupun sistem operasi yang akan digunakan pada peranti tersebut yang dikongsikan.

Sama-sama kita nantikan esok untuk melihat apakah yang akan diumumkan oleh Lenovo ini.

Nota: