Lelaki Tinggi Jadi Perhatian Para Perempuan

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Lelaki Tinggi Jadi Perhatian Para Perempuan | Kebiasaannya perempuan mesti akan cari lelaki yang tinggi untuk dijadikan kekasih ataupun untuk dijadikan suami tapi tidak semua macam tu, tapi pernah tak korang terfikir kenapa Lelaki Tinggi Jadi Perhatian Para Perempuan ? Jom baca di bawah kenapa :

Lelaki Tinggi Jadi Perhatian Para Perempuan

Satu kajian baru mengesahkan hakikat dalam dunia perhubungan cinta ataupun ketikadating, seseorang itu sememangnya menitik beratkan soal saiz dan fizikal individu. Salah satunya faktor ketinggian sangat dititik beratkan wanita.

Melalui hasil kajian daripada Rice University dan University of North Texas, wanita sangat mengutamakan soal ketinggian, pada mereka lelaki yang lebih tinggi boleh memberikan perlindungan kepada mereka.

Penyelidik menjalankan kajian mereka dalam dua bahagia. Untuk percubaan pertama, mereka menggunakan data daripada 925 peserta iklan dating peribadi yang dikeluarkan Yahoo!. Daripada 455 lelaki, umur purata adalah 36 dan purata ketinggian 5 kaki 8 inci ( 177 cm). Manakala 470 wanita purata ketinggian 5 kaki 4 inci ( 165 cm) dengan usia 35 tahun.

Mereka diberikan soalan online survey berbentuk open-ended yang fokus kepada soal ketinggian. Berdasarkan jawapan, penyelidik membuat kesimpulan bahawa 14% lelaki menyatakan hasrat untuk dating secara eksklusif wanita yang lebih rendah. Manakala hampir separuh atau 49% wanita hanya mahukan lelaki yang lebih tinggi daripada mereka.

Bila dilihat pada jwapan yang diberikan rata-rata wanita berasa selamat bila bersama dengan lelaki tinggi, mereka juga rasakan lelaki tinggi mampu memberikan sentuhan fizikal seperti berpelukan, berpegangan tangan dan pelbagai lagi.

Malah, menurut mereka lagi, walaupun dengan memakai kasut tumit tinggi mereka mahukan lelaki tersebut lebih tinggi daripada mereka.

Bahagian kedua kajian melibatkan 54 lelaki dan 131 wanita diambil dari sebuah universiti di Amerika Syarikat, lebih daripada separuh, 55% perempuan menyatakan keutamaan untuk memiliki lelaki lebih tinggi manakala 37% lelaki lebih sukakan wanita yang pendek.

Pada lelaki, mereka sukakan wanita yang lebih rendah agar senang untuk memberikan sentuhan keintiman fizikal.

Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Rating

Lelaki Tinggi Jadi Perhatian Para Perempuan
Beki Mustaffa

Nota: