Media sosial banyak membawa kebaikan dan tidak kurang juga membawa keburukan. Cerita yang membuatkan boleh membuatkan kita menapak tangan muka banyak kali dipaparkan di akhbar. Di Malaysia seorang kanak-kanak mati selepas diculik dalam perjalanan ke kedai runcit. Si ibu tidak mahu membelikan makanan untuk anak kerana sedang sibuk melayari Facebook. Kisah rumahtangga musnah juga pernah kami dengar angkara bermain cinta di laman milik Mark Zuckerberg.
Di India berlaku kes yang tidak menyayat hati yang juga melibatkan Facebook. Vijay Maurya (20) nekad membuang ibu dan keluarga sebenar beliau setelah menemui “ibu baru” beliau di Facebook. Dalam laporan Times of India Vijay menemui Sukanya di laman Facebook. Sukanya dikatakan memberikan wang sebanyak 22 000 Rupee (RM 1625) kepada Vijay secara beransur-ansur dan ini membuatkan Vijay menganggap Sukanya ialah ibu yang paling baik untuk beliau. Pemudia ini kemudian menghilangkan diri selama 28 hari sebelum muncul semula dan mengisytiharkan Sukanya ialah ibu baru beliau. Semasa hilang Vijay pergi ke Bahrain untuk menemui Sukanya yang bekerja disana. Situasi ini menjadi semakin tegang apabila Sukanya kembali ke India untuk membawa Vijay ke Bahrain. Pihak polis terpaksa masuk campur dan Vijay dinasihatkan supaya tinggal bersama keluarga sebenar beliau selama 20 hari untuk berfikir tentang masa depan beliau. Selepas tempoh tersebut beliau bebas mahu terus tinggal ataupun pergi bersama ibu baru beliau.
Isu ini kini menjadi hangat di India selepas parti politik BJP masuk campur untuk pihak ibu bapa Vijay. Parti berhaluan agama Hindu ini mendakwa Vijay ialah mangsa jarum halus Kristian yang cuba memurtadkan beliau dari agama Hindu menggunakan Facebook.
Ini sememangnya antara berita paling aneh yang kami baca melibatkan Facebook. Kami berharap di Malaysia tidak akan berlaku tali persaudaraan terputus akibat meeamui ibu baru di Facebook. Tanggang moden seperti Vijay Maurya mungkin layak disumpah menjadi telefon pintar sekiranya berkeras mahu meninggal keluarga beliau demi ibu yang ditemui di Facebook
Sumber Times of India